Friday, 8 August 2008

Aku jaket dan hujan

Jam menunjukkan pukul 7.13 petang.

Seperti hari-hari sebelumnya, cuaca di Cambridge memang tidak dapat dijangka. Pada awal pagi, adalah terasa sedikit dingin membuatkan aku menyarungkan juga jaket ke badan yang kurus lagi kurang vitamin ini. Ada sedikit perasaan malas untuk berbuat demikian, kerana aku tahu lewat tengah hari nanti tentu matahari bersinar tiba-tiba sehingga mampu memerah keringat, bermandikan peluh. Nanti, pada waktu itu pula aku akan mengomel sendirian, dah kata dah, takyah bawak jaket! Namun, seakan arif dengan perubahan cuaca yang tidak menentu di sini, terbukti keputusan di waktu pagi tadi tepat sekali.

Lima minit yang lalu, kiranya aku gagahkan diri mengayuh basikal untuk pulang ke kolej, tentu aku tidak terkandas di dalam bangunan ini. Hujan turun dengan lebatnya secara tiba-tiba. Bukan setakat hujan, siap guruh sabung-menyabung seakan mengejek-ejek. Itulah, tadi aku fikir, sudah berjam-jam aku dalam makmal ni, kalau duduk setengah jam lagi takkan terluak pun masa. Sekarang ni, hamik....

Hehe, amacam? Ada gaya jadi penulis novel tak? The word hamik in the end is so not acceptable in the malay literature okay. ;) Yes, hujan lebat giler kat luar sekarang ni. I hate it. The only day that I finished early, I am still stuck in the lab until 8pm! Menci......Ada sedikit rasa sedih. Entah mengapa. Naseb baik pacik mathias stil ada dlm lab, takdelah takut sgt. Bak kata dia, "the rain wont hurt you". Pouring rain like this always makes me cheerless. Hey, on the bright side, I can continue working with my computer. New softwares that I have to figure out how to use.
Oklah, later...nak pi dinner kot then head home.

Da...

2 comments:

Anonymous said...

gaya tu ada tapi ada word yang agak kureng sesuai..hehe
bila hujan pakai la wind breaker tuh...br nmpk mcm ninja turtle..

Anonymous said...

~Puan A~

Kene asah skill la nampaknye ni...

Ya ampun puannnn.....barula saya teringat nak kene amik wind breaker tu kt porter's lodge! Serius terlupa langsung! Agaknya ada lagi tak? sayangnyer...harap ade lagi. Sory banyak2 ek! Akanku cuba mengambilnya esok. Hehe terima kasih jgk. Let's see what hapen